Friday, 16 March 2012


KEPERLUAN PENANAMAN TUMBUHAN AKUATIK DALAM AKUARIUM

A. Karbon Dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan akuatik.Gas ini boleh dibeli dikedai akuarium.Sekiranya gas ini tidak dibekalkan,tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan.




B. Baja

Baja yang perlu untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambah dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.



C. Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintisis.Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

No comments:

Post a Comment